CYBERJAYA, 24 OKT: Kerajaan mengambil tindakan berani dan bijak untuk manfaat jangka panjang apabila menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula bermula tahun depan.
PUTRAJAYA, 7 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju memberikan kelulusan tambahan indikasi kepada produk Evusheld 100 miligram per milimiter (mg/ml) Solution For Injection (Tixagevimab 100 mg/ml dan Cilgavimab 100 mg/ml) keluaran Astrazeneca AB, Sweden.
KUALA LUMPUR, 4 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan kepada sektor pendidikan untuk melakukan saringan kepada pelajar, guru dan kakitangan susulan 11 daripada 18 kluster Covid-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ketujuh 2023 (ME 13/2023) dari 26 Mac hingga 1 April, adalah kluster pendidikan.
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju membatalkan pendaftaran, dan mengeluarkan arahan memanggil balik semua produk berdaftar mengandungi pholcodine, selepas Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) mendapati produk yang mengandungi bahan itu dikesan mempunyai risiko keselamatan kepada pengguna.
KUALA LUMPUR, 22 MAC: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) telah membatalkan notifikasi enam produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
PUTRAJAYA, 1 MAC: Jumlah kes demam denggi pada minggu epidemiologi kelapan tahun ini (ME8/23), 19 Januari hingga 25 Februari, menurun kepada 2,145 kes iaitu penurunan 0.2 peratus atau empat kes, berbanding 2,149 kes pada minggu sebelumnya.
KUALA LUMPUR, 17 FEB: Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal tahun sehingga kini meningkat kepada 13,094 kes, berbanding 4,284 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas, yakni peningkatan sebanyak 8,810 kes, atau 205.6 peratus.
KUALA LUMPUR, 14 FEB: Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun 6.5 peratus pada Minggu Epidemiologi keenam tahun ini (ME 6/2023) dari 5 hingga 11 Februari, berbanding minggu sebelumnya.
KUALA LUMPUR, 8 FEB: Pihak sekolah serta kontraktor pembersihan yang telah dilantik disaran mengambil tindakan mengawal pembiakan nyamuk di sekolah yang berisiko menyebabkan demam denggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 6.3 peratus pada Minggu Epidemiologi keempat 2023 (ME 4/2023) dari 22 hingga 28 Januari, berbanding minggu sebelumnya.
PUTRAJAYA, 25 JAN: Jumlah kes demam denggi pada minggu epidemiologi ketiga tahun ini (ME3/23) iaitu dari 15 hingga 21 Januari menurun lapan peratus atau 201 kes kepada 2,319 kes berbanding 2,520 kes pada minggu sebelumnya.
PUTRAJAYA, 17 JAN: Jumlah kes denggi pada minggu epidemiologi (ME) kedua tahun ini (ME2/23) iaitu dari 8 hingga 14 Januari meningkat 301 kes atau 13.6 peratus kepada 2,520 kes berbanding 2,219 kes pada minggu sebelumnya.
KUALA LUMPUR, 2 JAN: Dua varian Covid-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada varian yang menular di China ketika ini telah dikesan di Malaysia.
KUALA LUMPUR, 28 DIS: Malaysia setakat ini tiada kes jangkitan Naegleria Fowleri atau dirujuk sebagai ‘ameba pemakan otak’ namun rakyat dinasihatkan berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya ketika ingin melakukan aktiviti di kawasan air tawar.
KUALA LUMPUR, 28 DIS: Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-51 tahun ini (ME51/22) dari 18 hingga 24 Disember meningkat 3.5 peratus iaitu 2,018 kes berbanding 1,950 kes pada minggu sebelumnya.
KUALA LUMPUR, 26 DIS: Bilangan kes baharu Covid-19 pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51/2022) atau 18 hingga 24 Disember lepas merekodkan penurunan 18.7 peratus dengan 5,894 kes berbanding 7,249 kes pada minggu sebelumnya (ME50/2022).
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-46 tahun ini (ME46/22) dari 13 hingga 19 November turun sebanyak 122 kes atau 7.1 peratus kepada 1,593 berbanding 1,715 pada minggu sebelumnya.
KUALA LUMPUR, 15 NOV: Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-45 tahun ini (ME45/22) iaitu dari 6 hingga 12 November meningkat sebanyak 22 kes atau 1.3 peratus kepada 1,715 berbanding 1,693 berbanding pada minggu sebelumnya.
KUALA LUMPUR, 7 NOV: Jangkitan kes Covid-19 di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 57.3 peratus apabila 26,616 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-44 (ME 44/2022) iaitu dari 30 Oktober hingga 5 November, berbanding 16,917 pada ME sebelumnya.
KUALA LUMPUR, 2 NOV: Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-43 Tahun 2022 (ME-43/22) menurun 154 kes atau 9.5 peratus kepada 1,460 kes berbanding 1,614 kes pada minggu sebelumnya.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.